Total Pageviews

Saturday, 16 April 2011

teristimewa dan terindah

Gerimis petang menyapa rinduku padamu,
Embun kudus mampu melutut pada rumput,
Padang pasir gersang dek titisan kasihmu,
Hati ini lebih kontang tanpa berita darimu,

Bebunga ditaman takkan mekar lagi,
Tanpa siraman cinta daripadamu,
Akan layu bunga itu keranamu,
Dahaga dek titisan kasih dirimu,

Lenaku takkan lena tanpa dirimu,
Titisan kasihmu memukau jiwaku,
Hatiku terseksa menanggung pilu,
Kerana telah jatuh hati padamu,

Malam sepi tanpa khabar dirimu,
Bebintang hilang ditelan seri wajahmu,
Rembulan bersinar menerangi wajahmu,
Yang kini terlalu ku rindu,

Bicara hati tentang dirimu,
Sering bermain di depan kalbu,
Terasa indah detik hidupku,
Disinari dengan seri senyumanmu..........

2 comments: